Siapa Yang Akan Menjadi Captain America Selepas Avengers 4?

Sehingga kini, banyak informasi terbaru tentang filem Avengers 4 telah dikongsikan oleh kami. Dengan Chris Evans sendiri telah berkongsikan mesej emosional selesai penggambaran Avengers 4 dan kontraknya sendiri sebagai Captain America juga akan tamat sehingga filem Avengers 4 sahaja, persoalan di kalangan peminat sekarang ialah, siapa yang akan menyambung legasi Captain America selepas ini?


Terbaru, Frank Grillo, yang memegang watak Crossbones dalam filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, telah berkongsikan satu informasi menarik dalam satu temubual bersama Larry King:

“I don’t know, but there have been rumors that Captain America could be African American. Could be a woman. You know, so they’re looking.”

Komen ini kelihatan biasa, tetapi ramai peminat berspekulasi yang komen ini berkemungkinan besar merujuk kepada Anthony Mackie yang memegang watak Sam Wilson/Falcon. Selain merupakan rakan rapat Steve Rogers, mereka juga mempunyai dinamika yang baik dalam MCU. Jika Marvel mengambil haluan ini, ini bermakna ianya juga mengambil latar cerita dari siri komik All New Captain America yang bermula pada 2014, di mana Rogers yang telah berusia, memilih Wilson sebagai penggantinya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Captain America.

Walau bagaimanapun, informasi ini masih boleh dianggap sebagai khabar angin, sehinggalah ada pengumuman rasmi dari Marvel. Apatah lagi sebagai salah satu watak utama dalam MCU, agak sukar untuk mencari pengganti sesuai yang boleh menggalas gelaran Captain America.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post