Chris Evans Ucapkan Selamat Tinggal Kepada MCU?


Chris Evans, ataupun Captain America menyatakan melalui Twitter yang filem Avengers 4 telahpun selesai menjalani penggambaran, dan telah memuatnaik mesej emosional untuk rakan-rakan dan peminat-peminatnya, iaitu mesej di bawah :

“Officially wrapped on Avengers 4. It was an emotional day to say the least. Playing this role over the last 8 years has been an honor. To everyone in front of the camera, behind the camera, and in the audience, thank you for the memories! Eternally grateful.”

Nampaknya seperti mesej selamat tinggal untuk watak ikonik yang dilakonkannya, iaitu sebagai Steve Rogers/Captain America, sekaligus ucapan selamat tinggal untuk Marvel Cinematic Universe. Walaupun masih belum diketahui nasib watak Captain America dalam filem Avengers 4, teori yang sedang diperkatakan di kalangan peminat adalah Cap akan mati dalam filem tersebut.

Penggambaran semula Avengers 4 telah dimulakan pada bulan lepas. Filem Avengers: Infinity War menyaksikan kemunculan Thanos, dan akibat pertembungan mereka, beberapa watak seperti Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman), Groot (Vin Diesel), Wanda Maximoff/Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie), Mantis (Pom Klementief), Drax (Dave Bautista), Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), Dr. Stephen Strange (Benedict Cumberbatch), dan Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), di samping Maria Hill (Cobie Smulders), Hank Pym (Michael Douglas), Hope van Dyne/Wasp (Evangeline Lily), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson) 'mati' di akhir pertarungan tersebut. Fury sempat menghantar mesej kepada Captain Marvel (Brie Larson) yang akan muncul dalam filem solonya nanti.

Filem Avengers 4 dijadualkan untuk tayangan pada 3 Mei 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post