Capcom Mengesahkan Filem Aksi Hidup Mega Man?

Capcom membuat pengumuman rasmi yang filem aksi hidup Mega Man akan dihasilkan! Filem yang secara tentatifnya diberi tajuk MEGA MAN buat masa ini, akan ditulis dan diarahkan oleh Henry Joost dan Ariel Schulman. Kedua-dua pengarah tersebut telah terlibat untuk penghasilan filem tersebut sejak dari tahun lepas lagi.



Berdasarkan francais berpengaruh dan digemari ramai di seluruh dunia, Capcom menyasarkan untuk menarik minat bukan sahaja pemain permainan videonya, tetapi juga peminat filem amnya.

Twentieth Century Fox akan mengedarkan filem tersebut, di samping Chernin Entertainment akan bertindak sebagai penerbit.

Mega Man membuat kemunculan di Nintendo Entertainment System pada 1987, dan sehingga kini telah terjual sebanyak 32 juta unit di seluruh dunia. Tajuk terbaru dalam siri Mega Man, Mega Man 11, telah dilancarkan pada 2 Oktober baru-baru ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post