Poster Polis Evo 2 Diperlihatkan, Bila Tarikh Tayangan?



Setelah lama menanti, akhirnya filem Polis Evo 2 bakal menemui penonton pada November ini.

Menerusi entri di laman sosial Instagram Astro Shaw, sebuah teaser poster telah dikongsikan dan perkara itu membuatkan ramai yang mengakui tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam.



Filem lakonan Zizan Razak, Shaheizy Sam, Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia iaitu Raline Shah ini ternyata amat ditunggu-tunggu oleh penonton selepas kejayaan filem pertama Polis Evo yang mendapat kutipan sebanyak RM17.74 juta pada tahun 2015.

Walaupun belum lagi ditayangkan di pawagam, peminat filem tempatan mengakui teruja menantikan filem Polis Evo 2 di pawagam.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post