Baru semalam buat entri tentang poster pertama filem Captain America: The Winter Soldier, kali ini trailer pertama filem ini pula menyusul.  Korang boleh saksikan trailer filem Captain America: The Winter Soldier ini di bawah :



Filem sambungan filem Captain America: The First Avenger ini kembali menampilkan Chris Evans sebagai Steve Rogers/ Captain America, dan turut menampilkan Scarlett Johansson (Black Widow), Sebastian Stan (Bucky Barnes/ The Winter Soldier), Anthony Mackie (Falcon), Cobie Smulders (Agent Maria Hill), Robert Redford (Alexander Pierce) dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Selepas kejadian di New York dalam filem The Avengers, Steve Rogers, a.k.a. Captain America, cuba menyesuaikan diri dalam persekitaran dunia moden. Tetapi apabila seorang ajen S.H.I.E.L.D. diserang, Steve dengan dibantu oleh Black Widow cuba merungkai konspirasi yang melanda.

Filem ini menampilkan sahabat baik kepada Steve dalam filem sebelum ini, Bucky Barnes yang sepatutnya telah mati, tetapi kembali sebagai musuh terbarunya - The Winter Soldier.

Filem ini dijadualkan menemui penonton di pasaran antarabangsa pada 4 April 2014. Maknanya di Malaysia mestilah lebih awal daripada itu. Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post