x-men-days-of-future-past-professor-x1

Sambungan filem X-Men yang bertajuk X-Men: Days Of Future Past masih dalam proses penggambaran. Tetapi itu tak menghalang gambar-gambar eksklusif daripada filem tersebut untuk dipaparkan di blog ini. Dan dikhabarkan juga yang trailer penuh pertama filem ini akan boleh ditonton oleh semua pada Selasa, 29 Oktober 2013 nanti.

sembangfilem-wolverine-x-men-days-of-future-past

Filem X-Men: Days Of Future Past ini akan menggabungkan kedua-dua jalan cerita filem X-Men, X2: X-Men United dan X-Men: The Last Stand, serta X-Men: First Class. Hugh Jackman kembali sebagai Wolverine, Jennifer Lawrence sebagai Mystique, Michael Fassbender sebagai Magneto (semasa muda) dan James McAvoy sebagai Profesor Charles Xavier (muda). Pelakon asal dari trilogi filem X-Men awal juga akan kembali menyambung watak mereka seperti Patrick Stewart (Profesor X) dan Sir Ian McKellen (Magneto).

sembangfilem-mystique-x-men-days-of-future-past

Filem ini akan menampilkan watak robot pemburu mutant yang dikenali sebagai Sentinel, juga watak mutant yang merupakan anak kepada Magneto iaitu Quicksilver. Filem ini nanti bakal menampilkan elemen time travel, di mana Wolverine (Jackman) masa kini akan dihantar balik ke tahun 1970-an oleh Profesor X (Patrick Stewart) dan Magneto (Sir Ian McKellen) untuk meyakinkan Professor X (McAvoy) versi masa lepas untuk menghentikan seorang mutant berkuasa yang boleh mengancam kehidupan manusia di masa akan datang.

sembangfilem-shadowcat-iceman-x-men-days-of-future-past

Bunyinya menarik bukan? Dengan sebegitu banyak mutant nanti, macam mana nak bagi semuanya dapat menonjol dan bukan hanya menumpang saja?

sembangfilem-professor-x-bryan-singer-x-men-days-of-future-past


sembangfilem-days-of-future-past-magneto-profesor-x

Filem X-Men: Days Of Future Past ini dijadualkan akan menemui penonton pada 23 Mei 2014.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post