Tom Cruise dikhabarkan sedang dalam proses menghasilkan satu lagi filem baru, menemukannya sekali lagi dengan pengarah filem Oblivion, Joseph Kosinski untuk filem bertajuk Go Like Hell.


cruise3


Filem ini berdasarkan kepada kisah benar perlumbaan sengit di antara syarikat Ford Motor Company dan pengeluar kereta sport Itali, Enzo Ferrari, dan akan memfokuskan kepada perlumbaan Le Mans di tahun 1966. Filem ini merupakan adaptasi buku berjudul "Go Like Hell: Ford, Ferrari and Their Battle for Speed and Glory at Le Mans" yang ditulis oleh A.J. Baime.


Filem ini masih di peringkat awal perancangan dan mungkin akan mula menjalani penggambaran pada tahun depan. Watak apakah yang bakal dibawa oleh Tom Cruise nanti? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post