Daripada watak penjahat kepada seorang ikon muzik. Begitulah kisahnya dengan pelakon Tom Hardy, yang melakonkan watak Bane dalam filem The Dark Knight Rises, apabila dilaporkan bakal membawakan watak pemuzik tersohor, Sir Elton John dalam filem biografi penyanyi tersebut.


Actor Tom Hardy poses for photographers on the red carpet for the film Locke at the 70th edition of the Venice Film Festival held from Aug. 28 through Sept. 7, in Venice, Italy, Monday, Sept. 2, 2013. (AP Photo/Andrew Medichini)


Diberi tajuk Rocketman, filem ini akan diarahkan oleh Michael Gracey. Filem ini akan menampilkan perjalanan seni Sir Elton John daripada umur 5 tahun, mendapat biasiswa pada usia 11 tahun untuk memasuki Royal Academy of Music, seterusnya menjadi ikon global yang dikenali di seluruh dunia.


Daripada Bane kepada Elton John? Fuhhh memang jauh sangat larinya ni. Tapi ini juga membuktikan yang Tom Hardy ni memang pelakon yang versatile.


Masih belum ada maklumat tentang bila filem ini akan memulakan penggambaran, dan bila ia akan ditayangkan.




KOMEN ANDA

Previous Post Next Post