Dikhabarkan bahawa Millennium Films, iaitu syarikat di sebalik pembikinan filem aksi The Expendables dan The Expendables 2, sedang dalam perancangan untuk menghasilkan filem spin-off bertajuk ExpendaBelles. Maknanya filem Expendables versi perempuan. Woohoo!!!

sembangfilem_the_expendabelles_teaser_poster

Khabarnya pelakon-pelakon seperti Meryl Streep, Cameron Diaz dan Milla Jovovich sedang dalam perbincangan untuk berlakon dalam filem tersebut, sepertimana dalam siri filem Expendables yang menampilkan pelakon lelaki hebat seperti Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Jason Statham, Harrison Ford, Mel Gibson, Bruce Willis dan Jean Claude van Damme. Sudah pastinya nanti penuh dengan aksi dan adegan stunt yang menarik.

Sumber mengatakan yang filem ini akan mengambil tempat di Brunei, di mana mereka akan berhadapan dengan penjahat di negara tersebut. Entah ye atau tidak, aku pun tak pasti.

Sumber dari Comingsoon.net

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post