Nampaknya akaun Twitter rasmi bagi filem Captain America: The Winter Soldier telahpun berkongsi gambar poster pertama bagi filem terbaru Captain America ini. Poster adalah seperti gambar di bawah :


Dikhabarkan juga yang trailer pertama filem Captain America: The Winter Soldier ini akan disiarkan online pada hari esok, 24 Oktober 2013 (Khamis). Filem arahan Joe dan Anthony Russo ini menyambung kisah Steve Rogers (lakonan Chris Evans) dalam usahanya menyesuaikan diri dalam dunia moden selepas 'beku' di dalam ais selama 70 tahun.

Pelakon Samuel L. Jackson, Cobie Smulders, Hayley Atwell dan Toby Jones akan menyambung watak mereka dalam filem ini sebagai Nick Fury, Maria Hill, Agent Carter dan Arnim Zola, manakala Sebastian Stan kembali membawa watak Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier.

Tak sabar rasanya nak menantikan trailer pertama filem ini!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post