Terima kasih kepada KLIPS sebab kali ini aku menang lagi tiket free, untuk filem Tom Yum Goong 2 pulak lakonan Tony Jaa (Ong Bak). Disebut-sebut sebagai filem aksi 3D pertama di Thailand, sekuel kepada filem Tom Yum Goong (The Protector) lakonan Tony Jaa (Kham) pewaris terakhir yang menjaga Gajah Perang Raja Thailand tidak banyak bezanya dengan filem sebelum ini. Dalam filem Tom Yum Goong 2, anak gajahnya (Khon) pula dicuri.


Bila tengok trailer filem Tom Yum Goong 2 ini, aku terfikir "Eh kena curi lagi ke gajah dia ni?" Dan itulah juga yang diperkatakan oleh Sarjan Mark, polis dari Interpol yang dilakonkan oleh Petchtai Wongkamlao. "Gajah kau hilang lagi? Ini anak gajah, bukan anak kucing". Haa lebih kurang macam tulah dialognya.

Kali ini gajah yang dicuri tersebut bukan untuk dijadikan bahan makanan eksotik, tetapi digunakan untuk mengugut Kham supaya menggangotai satu kumpulan pembunuh upahan.

Kham bekerjasama dengan Ping-Ping (Jeeja Yanin) untuk mencari gajahnya dan membalas dendam di atas kematian ayah Ping-Ping, seorang ahli perniagaan Cina yang berkuasa yang terlibat dalam industri gajah. Pada mulanya, Kham disalah anggap sebagai pembunuh kepada ayah Ping-ping. Ping-ping juga mempunyai kakak kembar bernama Sue-Sue.

Banyak aksi yang ditampilkan dalam filem Tom Yum Goong 2 dan dirakamkan di Bangkok sebagai latar belakang dan kebanyakan aksinya dibuat menggunakan kesan khas (CGI) yang mungkin mengecewakan penonton kerana tidak tampak realistik seperti filem sebelum ini.

Bagaimanakah caranya Kham untuk dapatkan semula gajahnya Khon? Dan dapatkah Ping-Ping membalas dendam diatas kematian bapanya? Haa yang itu korang kenalah tonton Tom Yum Goong 2 di pawagam.

Filem Tom Yum Goong 2 akan memenui penonton di pawagam berhampiran pada 24 Oktober 2013.

review oleh @ruzaimee

1 Comments

  1. kajian baik filem, saya masih mempunyai keraguan tentang ia walaupun, tetapi satu-satunya cara adalah untuk menonton untuk tindakan itu, plot tidak begitu penting, ini jenis filem rakyat mahu melihat tindakan itu, tetapi saya tidak suka banyak CGI dan orang-orang terbang di dalam udara seperti fantasi.nFilem ini masih kelihatan cerah walaupun ia mungkin tidak baik sebagai yang pertama Tom yum walaupun

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post