Satu demi satu permainan video diadaptasikan kepada filem. Selepas pengumuman mengenai penghasilan filem Need For Speed, satu lagi syarikat pembikin permainan video, Ubisoft, telah mengumumkan penghasilan filem berdasarkan permainan video terkenal mereka, Assassin's Creed.

Menampilkan Michael Fassbender (Magneto dalam filem X-Men: First Class), Ubisoft telah membuat bancian kepada gamers untuk bertanyakan watak manakah yang menjadi pilihan mereka untuk ditampilkan dalam adaptasi filem ini, dan telah memilih watak Desmond Miles, dan watak inilah yang akan dimainkan oleh Michael Fassbender.

Khabarnya filem Assassin's Creed ini akan menemui penonton di pawagam pada 22 Mei 2015. Bagi penggemar permainan video Assassin's Creed ini, pastinya sudah tak sabar menantikan adaptasi permainan video kegemaran mereka ini.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post