Filem Avatar (2009) arahan pengarah James Cameron merupakan satu fenomena dalam industri filem. Dan sekarang ini, dikhabarkan bukan satu, tetapi tiga sambungan filem Avatar sedang dalam pembikinan!


sembangfilem_avatar


Begitulah menurut pelakon utamanya, Sam Worthington yang menyatakan penggambaran melibatkan pelakon sebenar akan dimulakan pada penghujung tahun hadapan. Jalan cerita sepenuhnya masih belum siap, dan akan menggunakan teknik penggambaran filem back-to-back seperti mana digunakan dalam penghasilan filem trilogi The Lord of the Rings.


Sambungan filem yang pertama, Avatar 2 adalah pada Disember 2016, manakala Avatar 3 pada Disember 2017 dan Avatar 4 pada Disember 2018.


Wow, lamanya nak tunggu filem Avatar ni habis!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post