Donnie Yen (Ip Man) kembali dengan filem aksi berjudul Special ID. Dan terima kasih kepada KLIPS sebab bagi tiket free untuk aku tonton filem Special ID ni. Lain kali bagi lagi tau!


Filem ini mengisahkan polis undercover Zi Long (Yen) yang sedaya upaya cuba menyembunyikan identiti diri ketika menyelinap masuk ke markas kongsi gelap. Dalam misi berstatus top secret, hanya penyelianya, Zhang (Ronald Cheng) saja yang tahu penyamarannya.Bagi ketua kumpulan yang dianggotainya, Xiong, keutamaan mereka adalah menghapuskan pegawai kerajaan yang terlibat dalam menjaga keamanan negara. Dalam usahanya menyelamatkan keluarga dan menyembunyikan identitinya daripada terbongkar, Zi Long terpaksa mengambil risiko dalam tugasan merbahaya ini dan melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya sebelum terlambat.

Walaupun  jalan cerita yang dipaparkan agak klise iaitu kisah polis yang menyamar dalam dunia gangster, namun pada aku filem Special ID masih mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang menonton filem ini penuh dengan aksi-aksi hebat bertenaga termasuk melibatkan Donnie Yen. Walaupun dah nak mencecah 50 tahun, Donnie Yen masih berupaya memberikan aksi bertenaga. Hebat!

Cuma malangnya pengakhiran filem ini agak mengecewakan. Tempo filem dah OK, tapi ending pulak spoil. Mungkin sebab filem ini taknak dibuat sambungan, makanya diakhirkan macam itu aje. Macam mana endingnya? Haa yang itu korang kena tonton sendiri di pawagam.

Pada aku, aku enjoy menonton filem ini. Kepada yang berkelapangan, apa kata korang tonton filem ini segera pada hujung minggu ini.

1 Comments

  1. Best jugak ada review filem macam ni, boleh semak dulu sebelum nak beli vcd atau nak tengok wayang.. saya memang minat cerita aksi macam ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post