Tarikh Tayangan Filem XX Ray 3 Diumumkan

XX Ray mencatat sejarah sebagai filem genre pengembaraan dan sains fiksyen yang menjadi pelopor di Malaysia. Filem yang diarahkan oleh Aziz M. Osman itu dibintangi oleh Aziz M. Osman sendiri, Faizal Hussein, Nor Aliah Lee, Sharmaine Farouk, Ibrahim Pendek dan Edika Yusof. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 Disember 1992, manakala sambungan bagi filem itu, XX Ray 2 telah ditayangkan kepada umum pada 1995.



Kini, filem XX Ray 3 pula telah diumumkan penghasilannya, dengan tarikh tayangan ditetapkan pada 24 Januari 2019, juga arahan Aziz M. Osman.

Menurut sumber, antara pelakon yang akan membintangi XX Ray 3 ialah Izzue Islam, Nonny Nadhirah, Adam John, Ardell Aryana, Ashraf Muslim, Saiful Apek, Jalaluddin Hassan dan Aziz M. Osman sebagai Amir.

Sama-sama kita nantikan tayangan filem XX Ray 3.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post