Siapakah Pendorong Jet Li Untuk Muncul Dalam Filem Mulan?

Pelakon yang terkenal dengan aksi seni mempertahankan diri, Jet Li menyatakan yang beliau tidak mungkin akan muncul dalam filem terbaru Disney, iaitu adaptasi hidup filem Mulan, jika tidak kerana anak perempuannya.


Memetik kenyataan Jet Li seperti dilaporkan dalam satu temuramah bersama personaliti TV Chen Luyu, beliau menyatakan dirinya telah bersedia untuk menyatakan tidak terhadap tawaran tersebut, tidak kira samada ianya filem yang baik ataupun tidak. Walau bagaimanapun, anaknya yang berumur 15 tahun, Jane meyakinkannya untuk menerima tawaran itu. 

Sebelum ini, Jet Li telah mengumumkan penglibatannya dalam filem Mulan dan akan memegang watak Maharaja - watak yang sebelum ini diberi suara oleh Pat Morita dalam filem animasi dengan tajuk yang sama.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post