Satu lagi watak superhero dari DC Comics bakal muncul dalam sambungan filem Man Of Steel (yang buat masa ini hanya dirujuk sebagai Batman VS Superman) iaitu Cyborg! Variety melaporkan yang pelakon Ray Fisher telah menandatangani kontrak untuk tampil dalam filem Batman VS Superman sebagai Victor Stone, yang akhirnya akan bertukar menjadi superhero Cyborg selepas satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Selain Batman (Ben Affleck) dan Superman (Henry Cavill), filem ini turut akan menampilkan Wonder Woman (Gal Gadot). Mungkinkah watak Victor Stone a.k.a Cyborg ini hanyalah sebagai pengenalan untuk penghasilan filem Justice League pula nanti? Sebab kami merasakan itulah yang cuba dilakukan nanti.


Sumber daripada IWatchStuff

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post