Filem Fast & Furious 7 telahpun mula menyambung penggambaran selepas kejadian kemalangan tragis yang menyebabkan bintang utamanya, Paul Walker terbunuh. Masalah timbul kerana jalan cerita terpaksa diubah kerana ada beberapa adegan yang masih belum disiapkan oleh Paul Walker, namun mungkin pengarahnya, James Wan telah berjumpa dengan jalan penyelesaian untuk masalah itu.


Rakan lakonannya, aktor Vin Diesel telah berkongsi gambar di Facebook, yang memperlihatkan gambarnya sedang berbual dengan adik-adik Paul Walker, Caleb dan Cody.Nampaknya benarlah rumours sebelum ini yang mana James Wan akan menggunakan kedua-dua mereka ini sebagai ganti kepada watak Brian lakonan Paul Walker.

image

Jika dilihat dari gambar, adiknya yang disebelah kanan tu, memang mirip betul dengan Paul Walker. Cuma kami masih tertanya-tanya, bagaimanakah watak Brian akan ditamatkan nanti?


Sumber dari CinemaBlend

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post