Pengarah trilogi filem Lord of the Rings dan terkini filem The Hobbit, Peter Jackson telah mengumumkan penukaran judul baru bagi filem terakhir dalam trilogi The Hobbit arahannya.Filem yang pada awalnya bertajuk The Hobbit: There and Back Again, ditukar kepada The Hobbit: The Battle of the Five Armies.


Ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 17 Disember ini,dimana filem kali ini bakal menampilkan jalan cerita yang ditunggu ramai bagi mengetahui kesudahan daripada dua buah filem sebelumnya.

Menurut Jackson, beliau telah menyuarakan isu ini kepada studio Metro-Goldwyn-Mayer tahun lepas.“There and Back Again” merupakan filem ketiga daripada buku The Hobbit tulisan J.R.R. Tolkien. Untuk tujuan filem, buku ini dipecahkan kepada 3 buah filem.

Jackson menerima kritikan pada 2012 selepas mengeluarkan filem The Hobbit: An Unexpected Journey dan menjadikan buku The Hobbit menjadi sebuah trilogi.

Bagi kami yang merupakan peminat Lord of the Rings, sudah pastinya tidak sabar menantikan tayangan filem ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post