80's kids seperti kami pasti pernah dengar dan menonton kartun Jem and The Holograms semasa zaman kanak-kanak dulu. Kini, siri kartun itu pula khabarnya akan difilemkan. Pengarah filem G.I. Joe: Retaliation, Jon M. Chu akan mengarahkan filem ini, dan kini telahpun ada senarai nama pelakon untuk watak utamanya  Jem dan juga kumpulannya, The Holograms.


Watak Jem akan dibawakan oleh Aubrey Peeples, watak Kimber (adik Jem/pemain keyboard/songwriter) akan dibawakan oleh Stefanie Scott. Watak Aja Leith (lead guitarist) akan dilakonkan oleh Hayley Kiyoko. Manakala watak Shana (pemain drum) akan dibawa oleh Aurora Perrineau.

Penggambaran filem Jem and The Hologram akan bermula dalam bulan ini, dan masih tiada tarikh tayangan rasmi yang diumumkan. Mungkinkah filem ini akan dislotkan untuk tayangan tahun 2015?Dengan mengambilkira faktor kewujudan filem ini, nampaknya ini memang berita yang "truly, truly outrageous"!

1 Comments

  1. baru saja tengok G.I.Joe,ia boleh dikata film action yang terbaik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post