Pelakon Lou Ferrigno telah lama dikaitkan dengan Marvel sejak berlakon dalam siri TV Incredible Hulk di hujung tahun 1970an dan awal 1980an. Marvel Studios juga telah 2 kali menggunakan khidmat pelakon tersebut untuk membawakan kembali watak Hulk, dalam maksud ini sebagai penyumbang suara kepada Hulk dalam filem The Incredible Hulk (2008) dan The Avengers (2012).

Laman web Nuke The Fridge telah mengesahkan dengan Lou Ferrigno yang beliau akan kembali memberi suara kepada The Hulk dalam filem The Avengers: Age of Ultron. Sehingga kini, peranan Lou Ferrigno dalam filem keluaran Marvel agak terhad, dengan hanya menutur empat patah perkataan sahaja iaitu "Hulk Smash" dalam filem The Incredible Hulk (2008) dan "Puny God" dalam filem The Avengers (2012).

Selain memberikan suara kepada The Hulk, Lou Ferrigno juga pernah membuat cameo dalam filem Hulk di samping Stan Lee sebagai pengawal keselamatan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post