Watak komik Judge Dredd telah ditampilkan sebanyak 2 kali di layar perak. Satunya melalui filem Judge Dredd (1995) di mana watak utama dibawakan oleh Sylvester Stallone, manakala filem kedua, Dredd (2012) dengan watak utamanya dibawakan oleh Karl Urban. Walaupun dikategorikan sebagai tidak berjaya, masih ada pengikut tegarnya berpendapat filem Dredd (2012) patut dihasilkan sequel kerana lebih menonjolkan ciri-ciri sebenar Judge Dredd di dalam komik berbanding filem pada tahun 1995.


Dan kini pelakon utamanya Karl Urban, menyeru kepada semua peminat filem tersebut untuk menandatangani petisyen online untuk menyokong penghasilan sequel filem tersebut. Caranya dengan menekan butang Like di Facebook page sequel filem Dredd. Kami telahpun menyahut seruan tersebut dan merasakan filem Dredd (2012) patut diberikan peluang untuk sequelnya.

Bagi kami sendiri yang telahpun menonton kedua-dua filem Judge Dredd dan Dredd, kedua-duanya mempunyai tarikan yang berbeza. Secara peribadinya, kami lebih suka dengan paparan watak Dredd dalam filem Dredd (2012).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post