Sepertimana trailer yang kami kongsikan sebelum ini, filem Teenage Mutant Ninja Turtle akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti. Dan dibawah ini ditampilkan pula 4 keping poster filem berkenaan yang hanya menampilkan senjata pilihan keempat-empat Turtles terbabit. Ada poster Raphael dengan senjatanya, sai, Donatello dengan senjatanya, kayu bo, Michelangelo dengan senjatanya, nunchaku, dan Leonardo dengan senjatanya, katana.



Walaupun di dalam trailer telah ditunjukkan sepintas lalu tentang rupa Ninja Turtles ini, sebenarnya masih samar-samar lagi tentang rupa sebenar yang akan ditampilkan untuk watak adaptasi kartun terkenal pada tahun 80-an dulu. Mungkinkah dalam poster selepas ini akan ditunjukkan kesemua Ninja Turtles ini dalam pose sebenar mereka?

Seperti mana yang kami katakan nanti, filem ini akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti. Berbanding filem sebelum ini yang menampilkan watak pelakon yang menyarung kostum Turtles, kali ini pendekatan CGI pula digunapakai. Bagaimanakah hasil akhirnya nanti? Sama-sama kita nantikan

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post