Seperti mana pendedahan kami sebelum ini, kedua-dua filem The Avengers: Age of Ultron (terbitan Marvel Studios) dan X-Men: Days Of Future Past (terbitan Fox) akan menampilkan watak Quicksilver, yang mana kalau mengikut komik adalah anak kepada Magneto, a.k.a The Master of Magnetism. Malangnya disebabkan hak filem kepada watak-watak dan reference kepada komik X-Men adalah milik Fox dan bukannya Marvel, makanya kedua-dua filem ini akan menampilkan latarbelakang yang berbeza untuk watak Quicksilver.

Walaupun filem X-Men: Days Of Future Past dijadualkan untuk tayangan lebih awal (Mei 2014), berbanding filem The Avengers: Age of Ultron (2015), namun Marvel berjaya menampilkan watak Quicksilver lebih awal di layar perak dengan memasukkan watak tersebut dalam filem Captain America: The Winter Soldier (dalam satu scene di akhir filem tersebut). Kalau dilihat perbandingan rupa watak Quicksilver bagi versi Marvel dan juga Fox, nampaknya ramai yang lebih suka dan bersetuju dengan watak Quicksilver versi Marvel yang ditampilkan dalam filem Captain America: The Winter Soldier.


Kami tetap mengatakan watak Quicksilver yang ditampilkan dalam filem X-Men: Days Of Future Past ini nampak terlalu cheessy dan goofy. Dengan goggles, rambut warna silver (walaupun dalam komik memang watak ini berambut silver), dan jaket silver.

Apa pandangan korang?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post