Trailer Penuh Pertama Filem Teenage Mutant Ninja Turtles (2014) : Megan Fox Sebagai April O'Neil


"Heroes are not born. They are created. That’s what your father and I were trying to do. Create heroes." 

Itulah quote yang dapat didengar daripada trailer penuh pertama filem Teenage Mutant Ninja Turtles, berdasarkan siri kartun terkenal ketika zaman kanak-kanak kami dulu, yang mana korang boleh lihat di bawah :



Filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang merupakan reboot daripada filem terdahulu (yang boleh kami katakan terlalu gagal dan mengecewakan) ini diterbitkan oleh Paramount Pictures dan menampilkan latarbelakang bandaraya New York yang diancam jenayah. Daripada trailer yang ditunjukkan, nampaknya tidak mengecewakan dan dalam filem ini, Turtles (a.k.a hero filem ini) ditampilkan dalam bentuk CGI. 

Dan juga watak wartawan yang sering bersama dengan Turtles ini, April O'Neil sepertimana di dalam kartun, turut ditampilkan dalam filem ini. Dan watak April dibawakan oleh *drum roll*, Megan Fox!

Khabarnya filem Teenage Mutant Ninja Turtles ini akan ke pawagam pada 8 Ogos nanti. Apa pendapat korang bila tengok trailer di atas?

1 Comments

  1. […] trailer yang kami kongsikan sebelum ini, filem Teenage Mutant Ninja Turtle akan ditayangkan pada 8 Ogos […]

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post