Laman Penstriman Disney Kini Akan Dikenali Sebagai Disney+


Laman Penstriman Disney Kini Akan Dikenali Sebagai Disney+

Disney baru sahaja mengumumkan secara rasmi nama laman penstriman rasminya, dinamakan sebagai Disney+, dan dijadualkan untuk pelancaran di Amerika Syarikat pada penghujung 2019.


Selain penjenamaan tersebut, Disney turut mengumumkan 2 siri baru yang akan dibawakan oleh laman penstriman itu. Siri spin-off kedua Star Wars menyaksikan Diego Luna akan menyambung wataknya sebagai Cassian Andor, dengan latar cerita sebelum kejadian dalam Rogue One: A Star Wars Story, dan pengesahan penghasilan siri Loki yang akan menyaksikan Tom Hiddleston sekali lagi melakonkan watak ikonik tersebut. Kedua-dua siri ini akan mengiringi beberapa lagi siri yang telah disahkan oleh Disney sebelum ini, iaitu The Mandalorian, Monsters Inc. dan High School Musical.

Dengan pengumuman Disney ini, maka sudah tentunya Disney+ akan menjadi antara laman penstriman yang memberikan saingan sengit kepada laman penstriman sedia ada kerana banyak tajuk-tajuk di bawah Disney sendiri adalah merupakan nama-nama besar. Apatah lagi entiti di bawah Marvel Studios dan Star Wars sendiri bernaung di bawah Disney.

No comments:

Powered by Blogger.