Poster Watak-Watak Filem Aquaman Diperlihatkan



Filem Aquaman akan ditayangkan tidak berapa lama sahaja lagi, dan sebagai meneruskan keterujaan terhadap filem Aquaman, Warner Bros. dan DC baru sahaja memperlihatkan poster watak-watak filem Aquaman. Antara poster watak-watak yang ditunjukkan adalah seperti Black Manta, Ratu Atlanna, Puteri Mera dan Vulko. Saksikan poster watak-watak tersebut di bawah :















Filem Aquaman arahan James Wan membawakan kisah Arthur Curry, yang merupakan separa manusia, separa Atlantis, dan bagaimana dia kembali ke Atlantis untuk mengambil tempat sebagai raja kerajaan Atlantis.

Dalam filem Aquaman, Arthur akan berhadapan dengan saudara tirinya, Orm (Patrick Wilson) yang mempunyai agenda tersendiri untuk Atlantis, dan giat mengumpulkan pengaruh dengan sokongan daripada Black Manta (Yahya Abdul-Mateen II). Untuk itu, Arthur akan memerlukan bantuan mentornya Vulko (Willem Dafoe) dan Mera (Amber Heard) untuk membantunya menghalang rancangan jahat Orm.

Filem Aquaman akan ditayangkan pada 21 Disember 2018.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post