Derek Mears Dan Andy Bean Disahkan Untuk Siri Swamp Thing

Derek Mears Dan Andy Bean Disahkan Untuk Siri Swamp Thing

Selepas berminggu-minggu berteka-teki, akhirnya Warner Bros. telah mengesahkan yang Derek Mears akan terlibat sebagai pelakon dalam siri Swamp Thing untuk DC Universe. Sebagai tambahan, studio berkenaan juga telah mengesahkan yang Andy Bean akan memainkan watak utama alter ego, Dr. Alec Holland yang akhirnya akan bertukar menjadi Swamp Thing.



Dalam komiknya, Holland merupakan seorang saintis yang bekerjasama dengan isterinya untuk menghasilkan suatu formula biologi. Satu kejadian letupan telah menyebabkan Holland bertukar menjadi Swamp Thing. Siri tersebut akan turut menampilkan Crystal Reed sebagai Abby Arcane.

Penglibatan Mears dalam siri Swamp Thing mulanya dilaporkan pada September lalu, namun tiada pengesahan sehinggalah kini. Mears telah membina reputasi melakonkan watak-watak seperti pahlawan Kree dalam siri TV Agents of S.H.I.E.L.D., salah satu daripada Predator dalam filem Predator pada 2010, dan sebagai Jason Voorhees dalam filem remake Friday the 13th pada 2009.

No comments:

Powered by Blogger.