Watak Norman Osborn Bakal Diperkenalkan Dalam MCU?


Watak Norman Osborn Bakal Diperkenalkan Dalam MCU?

Walaupun terdapat beberapa khabar angin tentang senarai filem Fasa 4 untuk Marvel Cinematic Universe (MCU), Marvel masih belum membuat pengumuman secara rasmi tentang Fasa 4 MCU. Dan walaupun umum mengetahui yang filem Spider-Man: Far From Home merupakan filem pasca-Endgame merangkap penutup Fasa 3 MCU, yang memfokuskan kepada watak Peter Parker (dan Mysterio!) cuba menangani kesan petikan jari Thanos (dan Iron Man), Kevin Feige dan pasukannya masih mengunci mulut tentang perancangan Marvel di masa akan datang.


Walaupun begitu, kini telah ada khabar angin baru, menyatakan ada satu pencarian pelakon yang kelihatannya merujuk kepada watak antagonis baru, yang mana spekulasi awal menyatakan ianya adalah untuk watak Norman Osborn! Walaupun tidak menyatakan nama watak, tetapi iklan pencarian pelakon itu menyatakan mereka mencari pelakon untuk watak yang buat masa ini hanya dikenali sebagai The Benefactor dengan ciri-ciri seperti berikut : 

“a male actor, preferably Caucasian, in their 40s to 60s,” to bring to life a “mysterious and nefarious benefactor.”

Walaupun ianya hanya menyatakan secara umum, tetapi peminat tegar filem Marvel telah mengaitkan The Benefactor dengan filem Ant-Man and the Wasp. Ini kerana dalam filem tersebut, Sonny Burch menyatakan beliau "was working for a wealthy benefactor", dan peminat pantas mengaitkan nama Norman Osborn sebagai individu yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, masih tiada pengesahan rasmi yang watak antagonis ikonik itu akan muncul dalam MCU, namun bukti-bukti yang ada sememangnya menjurus ke arah itu.

Filem Spider-Man: Far From Home telah dijadualkan untuk tayangan pada 2 Julai 2019.

No comments:

Powered by Blogger.