Baron Zemo Dan Sharon Carter Bakal Muncul Semula Dalam Siri Disney+, Falcon And Winter Soldier

Pengarah siri Falcon and Winter Soldier yamg telah diumumkan untuk tayangan di saluran penstriman Disney+ telahpun diumumkan, iaitu Kari Skogland. Beliau dikhabarkan akan mengarahkan kesemua 6 episod. Buat masa ini, dua pelakon yang tampil dalam filem Captain America: Civil War iaitu Daniel Bruhl (Baron Zemo) dan Emily VanCamp (Sharon Carter) telah disahkan akan menyambung semula watak mereka, di samping Sebastian Stan dan Anthony Mackie.


Sumber yang dekat dengan Deadline juga hampir pasti mengesahkan yang keputusan Cap menyerahkan perisainya kepada Falcon di penghujung filem Avengers: Endgame akan dijelaskan dalam siri Disney+. Walau apapun yang berlaku, baru-baru ini Sebastian Stan sendiri telah memberi bayangan apa yang bakal ditampilkan dalam siri Falcon and Winter Soldier :

I think it’s time for Bucky to go out there and have an identity outside of the circumstances that we’ve met him through. So, I don’t know, he might do all kinds of things. He might even go on a date. I don’t know. Scary world out there, you know? Apps, things like that. I don’t know what he’s gonna do. I can’t see him on an iPhone…I think it’s gonna be a lot of dealing with Anthony’s character and Anthony himself which is always another character.

Fakta di mana Bruhl dan VanCamp terlibat dalam siri Disney+ ini, ianya bakal mengambil trmpay selepas kejadian dalam Endgame, di mana kedua-dua Falcon dan Winter Soldier harus mengenepikan perbezaan mereka dan berganding bahu untuk melakukan apa yang  Steve Rogers tidak mampu lakukan – apatah lagi kini beliau sudah menjadi tua.

Siri Disney+ Falcon and Winter Soldier ini dijangka ditayangkan pada Ogos 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post