Joe Taslim Dipilih Untuk Melakonkan Watak Sub-Zero Dalam Filem Mortal Kombat Versi Reboot!

Bagi mereka yang membesar dengan permainan video dan filem Mortal Kombat, ini adalah satu perkembangan yang menarik! Filem Mortal Kombat versi reboot film kini sedang dalam proses untuk dihasilkan! Menurut laporan The Hollywood Reporter, pelakon aksi, Joe Taslim merupakan nama pertama yang diumumkan akan muncul dalam filem tersebut. Beliau akan melakonkan watak ikonik Sub-Zero, pahlawan Lin Kuei yang mempunyai kuasa memanipulasi ais.


Joe Taslim memulakan karier lakonannya dalam filem The Raid. Beliau seterusnya muncul dalam filem Star Trek Beyond, Fast & Furious 6, dan dalam Netflix, The Night Comes For Us. Joe Taslim juga merupakan salah seorang ahli pasukan judo kebangsaan Indonesia.


Filem pertama Mortal Kombat (1995) hanya menampilkan Sub-Zero dan pesaingnya, Scorpion, sebagai watak sampingan sahaja. Dalam permainan video Mortal Kombat, kedua-dua watak pahlawan berkenaan mempunyai watak yang lebih besar dan berkembang.

Pengarah Aquaman, James Wan bertindak sebagai penerbit eksekutif, dan akan diarahkan oleh pengarah baru, Simon McQuoid. Baru-baru ini, New Line mengumumkan tarikh tayangan filem Mortal Kombat ini adalah pada 5 Mac 2021. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post