Saksikan Trailer Kedua Star Wars: The Rise Of Skywalker - Rey Bertukar Menjadi Sith?


Lucasfilm telah memperlihatkan trailer terbaharu filem Star Wars: The Rise Of Skywalker, yang merupakan filem kesembilan dari saga filem Star Wars yang amat dikenali dan memiliki pengikut dan peminatnya tersendiri. Saksikan trailer filem Star Wars: The Rise Of Skywalker di bawah : 





Lucasfilm telah memperlihatkan trailer berkenaan di acara Disney D23 Expo 2019 yang berlangsung di Anaheim, California Ahad baru-baru ini.

Trailer filem Star Wars: The Rise Of Skywalker dimulakan dengan sorotan filem-filem awal Star Wars yang menampilkan watak-watak utama seperti Luke Skywalker, Obi-Wan Kenobi, Puteri Leia dan lain-lain, sebelum bertukar kepada watak generasi baru seperti Finn, Kylo Ren dan Rey. Apa yang mengejutkan banyak pihak ialah penampilan terbaharu Rey yang muncul dengan lightsaber berkembar berwarna merah, yang merupakan senjata dan warna pilihan Sith. Adakah Rey sebenarnya seorang Sith, yang akan membawakan imbangan (balance) kepada kuasa The Force? Sama-sama kita nantikan filem Star Wars: The Rise Of Skywalker nanti.

Antara barisan pelakon yang kembali membintangi filem itu termasuk John Boyega (Finn), Lupita Nyong'o (Maz Kanata), Kelly Marie Tran (Rose), Domhnall Gleeson (Hux), Joonas Suotamo (Chewbacca), Anthony Daniels (C-3PO), Jimmy Vee (R2-D2), Billie Lourd (Kaydel Ko Connix), Naomi Ackie (Jannah), dan Mark Hamill (Luke Skywalker).


Filem Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka menemui penonton seluruh dunia pada pertengahan Disember ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post