Iron Man Bakal Muncul Dalam Filem Black Widow?

Sumber dari Deadline melaporkan khabar angin terbaharu berkaitan kemunculan Robert Downey Jr. dalam filem Black Widow, yang akan menyambung watak ikoniknya sebagai Tony Stark/ Iron Man. Walau bagaimanapun, masih belum ada pengesahan mahupun penafian dari Marvel samada benar Downey akan muncul dalam filem Black Widow ataupun tidak, walaupun jelas nanti yang Tony Stark masih hidup pada ketika filem tersebut mengambil tempat.


Scarlett Johansson kembali sebagai Natasha Romanoff, seorang perisik dan pembunuh upahan yang dilatih sejak kecil oleh KGB, sebelum berpaling tadah dan menjadi seorang ejen S.H.I.E.L.D. dan akhirnya anggota Avenger. Filem Black Widow dijangka mengambil tempat selepas kejadian dalam filem Captain America: Civil War dan sebelum filem Avengers: Infinity War.

Selain Scarlett Johannson, filem Black Widow akan turut menampilkan David Harbour (Stranger Things, Hellboy) sebagai Alexei atau The Red Guardian, Florence Pugh (Fighting with My Family) sebagai Yelena Belova, Rachel Weisz (The Favourite) sebagai Melina dan O-T Fagbenle (The Handmaid’s Tale) sebagai Mason.

Filem Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan akan ditayangkan pada 1 Mei 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post