Marvel Studios Dilaporkan Bakal Membawa Watak Ghost Rider Ke MCU?

Sebelum ini, telah ada laporan menyatakan yang Marvel Television sedang membangunkan siri TV terbaharu Ghost Rider, namun kini terdapat laporan baharu pula yang menyatakan kemungkinan Kevin Feige sedang merancang sesuatu yang besar di layar perak!


Awal tahun ini, Marvel Television telah merancang untuk menerbitkan siri TV solo Ghost Rider versi Robbie Reyes (ditampilkan dalam siri TV Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D.). 

Kini, khabar terbaharu menyatakan yang Presiden Marvel Studios, Kevin Feige ingin menampilkan watak Ghost Rider ke MCU pula. Khabar angin tersebut menyatakan watak yang akan ditampilkan adalah Ghost Rider versi Johnny Blaze (yang pernah dipaparkan di layar perak sebelum ini dalam filem Ghost Rider dan Ghost Rider: Spirit of Vengeance lakonan Nicholas Cage). Apatah lagi, kewujudan Johnny Blaze telahpun disahkan dalam siri TV Agents of S.H.I.E.L.D. sebelum ini, jadi tidak mustahil watak berkenaan ditampilkan dan mengetepikan sepenuhnya watak Robbie Reyes untuk siri Hulu sahaja.
Membawa masuk Ghost Rider sememangnya suatu perkembangan yang menarik untuk MCU, dan membuka ruang untuk Marvel Studios meneroka dimemai baru untuk filem-filem MCU.

Apa pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen di bawah!

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post