Ultraman Ribut Akan Tampil Dalam Siri Mikro Dalam Talian, Ultra Galaxy Fight!

Ultraman Ribut Akan Tampil Dalam Siri Mikro Dalam Talian, Ultra Galaxy Fight!

Ahad ini (29 September), bersedialah untuk menonton watak Ultraman ciptaan tempatan – Ultraman Ribut!


Watak berkenaan yang merupakan kerjasama antara Les’ Copaque Productions (pemegang hakcipta watak Upin & Ipin) dan Tsuburaya Productions (pencipta watak Ultraman). Ultraman dengan acuan tempatan itu mempunyai kuasa seperti kepantasan luarbiasa, perisai Ultra yang boleh menahan suhu tinggi, dan juga ‘Ribut Blocker’ yang dipakai di tangan kirinya, yang boleh mengeluarkan penghalang kuasa untuk menghalang serangan musuh.

Ultraman Ribut akan muncul sebagai salah satu ahli pasukan New Generation Ultras dalam satu episod khas Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes, yang merupakan siri mikro dalam talian dan akan ditayangkan di saluran  YouTube rasmi Tsubaraya. Episod berkenaan akan ditayangkan pada 29 September ini, dan akan ditayangkan dalam versi bahasa Inggeris dan Jepun.

Sebelum ini, Ultraman Ribut telah membuat kemunculan dalam siri Upin & Ipin di Malaysia pada tahun 2015. Dalam episod berkenaan, Ribut telah menyelamatkan Kuala Lumpur dari dimusnahkan oleh Raksasa Kilat, Raksasa Bayang and Raksasa Halilintar, dengam bantuan Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka yang lain.

No comments:

Powered by Blogger.