Boboiboy Movie 2 Kutip RM9.9 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan!


Filem animasi tempatan yang amat dinanti-nantikan, BoBoiBoy Movie 2 dilaporkan telah mencatatkan kutipan sebanyak RM9.9 juta walaupun hanya baru lima hari ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei!

Menurut perkongsian di media sosial Astro Shaw dan Animosta Studios, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abdul Razak, yang juga merupakan penerbit serta pengarah filem BoboiBoy Movie 2, beliau berasa amat teruja dan tidak menyangka kutipan filem BoboiBoy Movie 2 boleh mencecah RM 9.9 juta dalam tempoh lima hari tayangan sahaja. 

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad pula dipetik sebagai berkata, berita gembira ini benar-benar memberikan impak yang positif dalam perkembangan perfileman tempatan. Menurutnya lagi, walaupun ada filem antarabangsa ditayangkan, filem BoboiBoy Movie 2 masih mendapat sambutan menggalakkan, dan siri jelajah akan diteruskan di beberapa negeri lain pada minggu hadapan langkah mempromosikan filem BoboiBoy Movie 2.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post