Andy Serkis Sah Akan Mengarahkan Filem Venom 2

Selepas penglibatannya disebut-sebut beberapa minggu lalu, kini secara rasminya disahkan oleh pihak Sony yang Andy Serkis akan mengarahkan filem Venom 2!


Serkis, yang popular kerana melakonkan watak menggunakan motion capture, selain muncul dalam filem Marvel sebagai Ulysses Klaue (dalam filem Avengers: Age Of Ultron), merupakan di antara beberapa nama pengarah yang disenarai pendek untuk filem Venom 2. Serkis sebelum ini mengarahkan BREATHE (2017) selain mengarahkan siri Netflix, Mowgli: Legend of the Jungle.

Serkis juga kelihatannya telah mula menjalankan penyelidikan sebelum mengarahkan sambungan filem Venom tersebut. Melalui Instagram peribadinya, beliau kelihatan memegang komik Venom: Lethal Protector #6, di mana siri tersebut menekankan yang watak Eddie Brock (lakonan Tom Hardy) adalah sebenarnya seorang anti-hero dan bukannya seorang penjahat. Saksikan perkongsian Serkis di Instagramnya di bawah : 



Masih belum ada maklumat lanjut berkaitan sinopsis filem Venom 2, dan kami akan kongsikannya lagi setelah mendapat info terbaharu nanti. 


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post