SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Wednesday, December 4, 2019

Filem Terbaharu Planet Of The Apes Bakal Dihasilkan - Diarahkan Oleh Wes Ball

Filem Terbaharu Planet Of The Apes Bakal Dihasilkan - Diarahkan Oleh Wes Ball

Semenjak mengambil alih studio perfileman Fox, ramai tertanya-tanya apakah perancangan Disney untuk filem-filem hebat dalam senarai Fox sebelum ini. Kini, The Hollywood Reporter (THR) melaporkan yang perancangan awal sedang dijalankan untuk filem terbaharu Planet Of The Apes, dengan pengarah filem The Maze Runner, Wes Ball dikhabarkan akan mengetuai kemajuan projek filem tersebut.


Namun begitu, masih belum dapat dipastikan samada Disney merancang untuk menyambung terus francais filem Planet of the Apes sebelum ini, ataupun mengambil jalan tengah dengan menghasilkan terus filem Planet of the Apes versi reboot, seterusnya menghasilkan jalan cerita baharu untuk siri filem terkenal itu.

Tiga filem terdahulu (Rise of the Planet of the Apes, Dawn of the Planet of the Apes, dan War For The Planet Of The Apes) mencatatkan kutipan yang tidak kurang hebatnya. Matt Reeves, yang mengarahkan 2 filem terakhir, kini telahpun beralih tumpuan untuk menghasilkan filem The Batman pula, dan tidak mungkin akan mengambil satu lagi filem yang berat di bawah kendaliannya. Malah Andy Serkis, yang menjadi pelakon motion capture untuk watak beruk utama Caesar dalam ketiga-tiga filem sebelum ini juga berkemungkinan tidak akan muncul lagi untuk watak berkenaan.

Nantikan perkembangan terbaharu dari kami berkaitan filem ini nanti.

No comments:

Post a Comment