Saksikan Trailer Pertama Filem Black Widow - Natasha Romanoff Kembali Dalam Filem MCU


Umum mengetahui watak Black Widow mengorbankan dirinya dalam filem Avengers: Endgame ketika dalam usaha mendapatkan Soul Stone di planet Vormir bersama-sama Hawkeye. Kematian watak berkenaan yang tidak dapat berjuang bersama-sama pasukan Avengers di akhir filem tersebut mengundang kesedihan di kalangan peminat. Kini, Black Widow bakal kembali semula ke layar perak melalui filem solonya sendiri. Marvel Studios baharu sahaja berkongsikan trailer pertama filem Black Widow. Saksikan trailer filem Black Widow di bawah :


Daripada trailer yang ditunjukkan, dapat dilihat aksi pertarungan antara watak Black Widow lakonan Scarlett Johansson dan Florence Pugh, 'satu lagi' watak Black Widow yang ditunjukkan dalam acara Comic-Con sebelum ini, berkemungkinannya sebagai pertarungan merebut gelaran Black Widow itu sendiri. Namun, apa yang tidak ditunjukkan adalah watak penjahat utama, Taskmaster dalam pakaian menepati komik seperti mana yang diketahui peminat. Peminat komik umum mengetahui yang Taskmaster mempunyai kebolehan untuk meniru aksi pertarungan lawannya. 

Tidak lengkap sekiranya watak Hawkeye tidak ditampilkan, dan ini mungkin juga akan mengambil tempat sebelum tahanan rumah dikenakan terhadap Hawkeye susulan keterlibatannya dalam kejadian yang berlaku dalam filem Captain America: Civil War.

Filem Black Widow turut dibintangi oleh  Rachel Weisz sebagai Melina, dan O-T Fagbenle, Ray Winstone, dan Olivier Richters dalam watak yang masih belum diumumkan. Pelakon yang melakonkan watak Taskmaster juga masih menjadi misteri sekarang ini. 

Filem Black Widow akan ditayangkan pada 1 Mei 2020. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post