Saksikan Trailer Pertama Filem Ghostbusters: Afterlife - Ecto-1 Kembali


Satu lagi filem yang bakal ditayangkan tahun hadapan kini telahpun berkongsi trailer pertamanya. Sony Pictures baru sahaja memperlihatkan trailer pertama filem Ghostbusters: Afterlife, yang merupakan sambungan terus terhadap filem Ghostbusters 2 yang ditayangkan pada tahun 1989. Saksikan trailer filem Ghostbusters: Afterlife di bawah!




BERKAITAN: Paul Rudd Disenaraikan Sebagai Pelakon Filem Ghostbusters 2020!

Filem Ghostbuster: Afterlife dibintangi pelakon cilik berumur 12 tahun, Mckenna Grace (yang pernah muncul dalam filem Captain Marvel dan Annabelle Comes Home), di samping pelakon Carrie Coon dan Finn Wolfhard. Selain itu, Paul Rudd (Avengers: Endgame) turut akan tampil dalam filem ini dan melakonkan watak seorang guru. Pelakon asal dari filem terdahulu Ghostbusters seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver dan Annie Potts dijangka akan turut kembali tampil dalam filem terbaharu ini.

BERKAITAN: Filem Ghostbusters 2020 Selesai Menjalani Penggambaran

Filem Ghostbusters: Afterlife diarahkan oleh Jason Reitman (Juno, Young Adult, Tully), yang mengambil alih kerusi pengarahan dari bapanya, Ivan Reitman yang mengarahkan 2 filem Ghostbusters sebelum ini.

Filem Ghostbusters: Afterlife telah dijadualkan untuk tayangan pada 10 Julai 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post