Paul Rudd Disenaraikan Sebagai Pelakon Filem Ghostbusters 2020!

Sony Pictures telah mengumumkan bahawa pelakon Paul Rudd (Avengers: Endgame, Ant-Man and the Wasp) akan membintangi filem terbaharu mereka, iaitu filem ketiga Ghostbusters, dengan Variety melaporkan yang tajuk rasmi filem tersebut telah didedahkan sebagai Ghostbusters 2020.


Rudd akan melakokan watak sebagai seorang guru dalam filem tersebut. Pengarahnya, Jason Reitman berkata: “I’ve been wanting to work with Paul Rudd since my short film opened for Wet Hot American Summer at Sundance. I’m thrilled he’ll be joining this new chapter in the original Ghostbusters universe.” 

Pelakon berumur 12 tahun, Mckenna Grace (Captain Marvel, Annbelle Comes Home) akan turut membintangi filem Ghostbusters 2020, disamping Carrie Coon (The Leftovers), Finn Wolfhard (Stranger Things, IT), dan turut akan membuat kemunculan semula adalah Sigourney Weaver dan barisan pelakon asal filem Ghostbusters. 

Sinopsis rasmi dan jalan cerita masih belum didedahkan, namun studio berkenaan telah mengesahkan yang filem Ghostbusters 2020 merupakan kesinambungan filem asal Ghostbusters, dan bukannya versi reboot filem berkenaan.

Jason Reitman (Juno, Young Adult, Tully) akan mengarahkan filem Ghostbusters 2020, mengambil alih kerusi pengarah dari bapanya, Ivan Reitman yang mengarahkan dua filem awal Ghostbusters. 

Filem Ghostbusters 2020 telah dijadualkan untuk tayangan pada 10 Julai 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post