Robert Downey Jr. Mahukan Watak Ironheart Muncul Dalam MCU

Selepas berakhirnya filem Avengers: Endgame, nampaknya separuh dari anggota asal Avengers tidak akan muncul lagi dalam filem akan datang Marvel. Walaupun ianya merupakan peluang yang baik untuk Marvel memperkenalkan watak-watak baru (yang sememangnya banyak dalam senarai watak komik mereka), namun bintang filem utama mereka, iaitu Robert Downey Jr. telah secara terbuka menyuarakan yang beliau mahukan Riri Williams (atau dikenali sebagai Ironheart dalam komik) untuk muncul dalam MCU!



Menurut laporan Heroic Hollywood, Downey merupakan jemputam khas di e Gene Siskel Film Center. Sebelum naik ke pentas, Downey telah diperkenalkan oleh Eve Ewing, iaitu penulis komik Ironheart. Dan ketika mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir, Downey menyatakan keinginannya untuk melihat Ironheart dilibatkan dalam mana-mana filem dalam MCU.

Watak Riri Williams dicipta oleh Brian Michael Bendis dan Mike Deodato pada tahun 2015. Riri merupakan seorang pelajar MIT berumur 15 tahun yang melakukan 'reverse engineering' terhadap satu dari sut perisai Iron Man. Tony Stark menjadi sangat kagum dan memberikan keizinannya untuk Riri menjadi seorang superhero. Riri kemudiannya merekacipta semula sut perisainya dan menjadi Ironheart. Sut perisai Ironheart memiliki A.I. yang berdasarkan minta Tony Stark; dan ini mungkin caranya bagi Marvel untuk mengekalkan Downey dalam MCU, selepas kematian Iron Man dalam filem Avengers: Endgame.

Adakah Ironheart akan muncul dalam MCU? Buat masa ini, masih belum ada pengesahan rasmi. Tetapi jika Downey yang berkata-kata, berkemungkinan ianya akan menjadi kenyataan. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post