Kevin Feige Menafikan Watak Killmonger Bakal Kembali Dalam Black Panther 2?

Walaupun mempunyai senarai filem yang boleh dikatakan hebat (berbanding pesaingnya, DC), namun beberapa filem Marvel diakui mempunyai penjahat utama yang agak tidak menyerlah. Walaupun watak Mysterio (lakonan Jake Gyllenhaal) dan Thanos (lakonan Josh Brolin) mungkin mencuri tumpuan pada tahun ini, namun tiada yang watak yang membuatkan ramai peminat bercakap secara mendalam berbanding watak penjahat filem Black Panther, iaitu Erik Killmonger, yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Michael B. Jordan.


Walaupun dikhabarkan watak penjahat tersebut – yang mati usai pertarungan dengan T'challa di penghujung filem Black Panther – berkemungkinan muncul semula dalam filem Black Panther 2, presiden Marvel Studios, Kevin Feige dengan pantas menafikan teori tersebut. Ketika sidang media semasa mempromosikan filem Spider-Man: Far From Home, Feige telah ditanya oleh BET tentang kemungkinan watak Killmonger 'dihidupkan kembali', dan ini jawapan dari Feige :

“Pure rumor. The honest answer to that is that is pure rumor and speculation, because Mr. Coogler is just only in recent weeks sitting down at his keyboard and beginning to outline the movie. It’s early, so nothing is set yet in any way that far…”
Walaupun Marvel terkenal sebagai entiti yang merancang filem-filem akan datang mereka jauh ke hadapan, sudah tentunya anyak perkara yang mereka terpaksa rahsiakan untuk menyimpan kejutan-kejutan terbaharu dalam filem mereka. Apatah lagi dengan kuasa viral, dan peminat-peminat komik yang mengeluarkan segala macam teori berkaitan filem Marvel, sedikit sebanyak akan membongkar jua jalan cerita yang disimpan rapi oleh Marvel Studios.

Awal tahun ini, pelakon Avengers: Endgame, Danai Gurira (Okoye) berjenaka dan menyatakan Erik Killmonger akan kembali untuk filem Black Panther 2. Mungkinkah Killmonger akan muncul dalam watak imbas kembali, ataupun ianya hanya sekadar gurauan dari Gurira?

Filem Black Panther 2 masih belum diumumkan secara rasmi, oleh itu sudah tentunya Marvel Studios akan menjadi tumpuan utama apabila mereka muncul di acara D23 penghujung tahun ini nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post