Filem Avengers: Endgame Gagal Mengatasi Rekod Kutipan Filem Avatar

Filem Avengers: Endgame yang sebelum ini berjaya dinobatkan sebagai filem dengan kutipan kedua paling tinggi dalam sejarah, akhirnya terpaksa tunduk jua, apabila gagal mengatasi kutipan filem Avatar yang kekal mengungguli kedudukan kutipan filem tertinggi. Walaupun kembali ditayangkan di pawagam dengan beberapa minit tambahan sedutan baharu, namun ianya tidak mampu menarik hatta peminat tegar Marvel untuk kembali ke pawagam.




Rata-rata yang sudah menonton filem Avengers: Endgame dengan versi terbaharu ini menyatakan kekecewaan mereka, kerana keseluruhan jalan cerita sebenarnya masih sama, cuma ditambah dengan babak tribute untuk mendiang Stan Lee pada penghujungnya sahaja. Juga ditampilkan sedikit tambahan kepada watak Professor Hulk yang langsung tidak membantu dari segi jalan cerita Avengers: Endgame. Kami percaya, jika 'extra footage' ditambah dengan adegan yang lebig menarik, sudah tentu ianya dapat memecahkan rekod kutipan filem paling tinggi yang dipegang filem Avatar.

Setakat ini, filem Avengers: Endgame versi terbaharu hanya mampu meraih kutipan sebanyak USD7,800,000 (~RM32,299,800) sahaja. Nampaknya filem Avengers: Endgame masih jauh ketinggalan dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak USD2,760,000,000 (~RM11,429,160,000) berbanding dengan filem Avatar yang mencatat kutipan sebanyak USD2,780,000,000 (~RM11,511,980,000). 

P/S : kami dah menonton filem Spider-Man: Far From Home. Nantikan ulasannya dari kami.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post