Kevin Feige Memberikan Bayangan Konsep Multiverse Dalam Projek Akan Datang MCU


Tahun ini, filem Spider-Man: Far From Home memberikan sedikit harapan berkenaan penggunaan konsep multiverse dalam filem Marvel Cinematic Universe (MCU), walaupun rupa-rupanya ianya adalah sekadar permainan ilusi yang dilakukan oleh Quentin Beck/ Mysterio (lakonan berkesan oleh Jake Gyllenhaal). Walaupun begitu, konsep multiverse adalah konsep yang cuba diterapkan dalam filem-filem dan siri TV terbaharu MCU di masa hadapan. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah memberikan bayangan yang konsep multiverse akan diterapkan dalam entiti Marvel Studios nanti semasa di acara CCXP di Brazil baru-baru ini.

BERKAITAN: Sorotan Comic-Con: Filem Doctor Strange In the Multiverse of Madness Dijadualkan Untuk Tayangan Pada Mei 2021!

Bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia lagi bilamana watak-watak dalam MCU akan menjelajah ke dunia lain apabila MCU Phase Four (Fasa 4) bermula nanti. Malahan, tajuk filem kedua Doctor Strange juga sudah memberikan bayangan tersebut, apabila diberikan tajuk Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Menurut Feige :

“The multiverse is the next step in the evolution of the MCU. And Doctor Strange in the Multiverse of Madness is gonna crack it wide open in ways that will have repercussions for a Disney+ series just before it, that’s not WandaVision, and for movies just after it in a big, fun way.”

Sebelum ini, Feige telah mendedahkan yang sambungan filem Doctor Strange merupakan kesinambungan dari kejadian yang berlaku dalam siri Disney+ WandaVision, yang akan ditayangkan pada awal tahun 2021. Malah, satu lagi siri di saluran penstriman berkenaan, iaitu Loki, juga akan berkait terus dengan filem berkenaan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post