Sambungan Filem Train To Busan Dijadualkan Untuk Tayangan Pada Tahun 2020

Filem Train To Busan mencatatkan sambutan yang amat, amat memeranjatkan untuk sebuah filem yang dihasilkan di Korea Selatan. Filem aksi seram zombie itu menerima sambutan menggalakkan baik dari penonton tempatan di Korea Selatan, malahan juga masyarakat antarabangsa, dan mendapat pujian dari pengkritik filem yang rata-ratanya memuji jalan cerita yang penuh aksi, tempo cerita yang laju, dan penampilan watak zombie yang mendebarkan. Pendek kata, dari mula sampai ke akhir, filem Train To Busan penuh dengan aksi mendebarkan, dan babak emosi yang menjentik rasa sayu kepada penonton. Kini, selepas setahun pengarahnya, Yeon Sang-ho menyatakan yang dia sedang menyiapkan sambungan filem berkenaan, nampaknya penggambaran filem Train To Busan 2 telahpun siap dan dikhabarkan akan mula ditayangkan pada musim panas tahun hadapan, menurut laporan dari laman Bloody Disgusting.


BERKAITAN: Filem Train To Busan Akan Dihasilkan Semula?

Tidak banyak yang diketahui berkenaan sambungan filem Train To Busan ini, dan adakah watak-watak dari filem terdahulu (yang masih hidup dan terselamat dari virus) akan kembali dalam filem sambungan tersebut. Secara umumnya, sinopsis filem Train to Busan 2 adalah seperti berikut :

“The film will revisit the same zombie virus that was seen in the original movie, except this time the focus will be expanded to the entire Korean peninsula.”

Syarikat pengedaran filem telah menetapkan tarikh 12 Ogos 2020 untuk tayangan di Korea Selatan. Namun, masih belum ada pengumuman mahupun  perancangan untuk tayangan antarabangsa.

Filem Train to Busan diarahkan oleh Sang-ho dan mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan yang juga seorang bapa, mengiringi anaknya dalam perjalanan menaiki keretapi untuk berjumpa dengan ibunya. Di waktu yang sama, berlakunya ancaman virus yang menukar populasi di Busan kepada zombie yang menakutkan.Keadaan menjadi huru-hara apabila zombie berkenaan berjaya menaiki keretapi tersebut, dan ini menyebabkan si bapa berkenaan terpaksa bekerjasama dengan penumpang lain untuk memastikan virus berkenaan tidak merebak di atas keretapi pula, dan mengancam nyawa mereka semua.

Train to Busan mencatatkan rekod kutipan box office di seluruh Asia, meranapkan rekod box office di Korea Selatan dan menjadikannya filem Korea Selatan paling berjaya dalam sejarah. Filem Train To Busan dibintangi Gong Yoo (The Age of Shadows), Jung Yu-mi (Manhole), Ma Dong-seok (Along With the Gods: The Last 49 Days ), Choi Woo-sik (Big Match. Okja), An So-hee (Hellcats), Kim Eui-sung (Assassination), dan Kim Su-an (The Battleship Island, Along With the Gods: Two Worlds).

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post