Filem Ghostbusters 2020 Selesai Menjalani Penggambaran

Filem Ghostbusters 2020 dilaporkan telah selesai menjalani penggambaran. Filem berdasarkan francais pelbagai siri kartun dan animasi terkenal itu telah menjalani beberapa perubahan beberapa tahun ini, dan akhirnya naskhah terbaharu itu dapat jua disiapkan. Filem Ghostbusters 2020 diarahkan oleh Jason Reitman, yang merupakan anak kepada pengarah Ivan Reitman, yang mana telah mengarahkan dua filem Ghostbusters sebelum ini. 


Filem ketiga Ghostbusters sememangnya dinantikan oleh peminat watak dari kartun Ghostbusters, selepas filem Ghostbusters II ditayangkan lebih kurang 30 tahun lalu. Beberapa khabar angin sebelum ini telahpun membayangkan penghasilan filem Ghostbusters ketiga ini, namun ianya tidak jua menjadi kenyataan. Akhirnya pada tahun 2016, penghasilan filem terbaharu Ghostbusters diumumkan secara rasminya. Malang sekali, ianya hanyalah sekadar sebuah filem reboot, menyebabkan ramai peminat tegarnya berasa tertipu dan kecewa. 

Akhirnya pengumuman yang dinanti-nantikan pun tiba, apabila diumumkan penghasilan filem Ghostbusters 3, dan filem sambungan kepada 2 filem sebelum ini. Dikenali sebagai Ghostbusters 2020, filem berkenaan memulakan penggambaran pada musim panas yang lalu, dan kini telahpun selesai penggambaran. Reitman telah mengumumkan berita tersebut di Instagram peribadinya, lengkap dengan tanda pagar #GB20.

Walaupun filem Ghostbusters 2020 dianggap filem ketiga dari siri filem asal Ghostbusters, ianya bukanlah merupakan sambungan terus kepada 2 filem sebelum ini. Sebaliknya, hanya beberapa watak dari filem terdahulu akan muncul secara cameo dan watak sampingan, dan fokus filem terbaharu ini nanti adalah kepada watak-watak baru yang mengambil alih peranan sebagai pembasmi hantu Walau bagaimanapun, sinopsis filem berkenaan masih belum didedahkan.

Filem Ghostbusters 2020 dijadualkan untuk tayangan pada 10 Julai 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post