Marvel Mungkin Menggantikan Watak Hawkeye Disebabkan Tuduhan Terhadap Jeremy Renner

Nampaknya masalah sedang menimpa Jeremy Renner, yang melakonkan watak Hawkeye dalam filem-filem MCU. Terdapat laporan terbaharu yang menyatakan pelakon tersebut telah menyalahgunakan bahan terlarang, menyebabkan pelbagai masalah dalam kehidupan peribadinya. Apatah lagi kini, bekas isterinya, Sonni Pacheco, pula telah memfailkan tuntutan penjagaan penuh terhadap anak perempuan mereka, dengan dakwaan Renner kerap menyalahgunakan kokain dan alkohol. 


Dakwaan tersebut menyatakan yang tindak-tanduk Renner kebelakangan ini menjadi tidak menentu, termasuklah pernah mengugut untuk membunuh Pacheco dan menembak menggunakan senapang ke siling rumah mereka, selain pernah meletakkan muncung senapang di muluntnya dan mengugut untuk menarik picu senapang tersebut.

Sekiranya benar, ini mungkin kejutan terbesar buat peminat filem Marvel. Apatah lagi dalam filem Marvel, Hawkeye ditampilkan sebagai watak bapa penyayang dan sangat sayangkan keluarga. Ini berlawanan dengan tuduhan terhadap Renner seperti mana yang dilaporkan. Sudah tentunya laporan ini menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pemegang taruh Disney, apatah lagi Marvel Studios bernaung di bawah syarikat berkenaan. Malahan, ada kemungkinan yang Disney akan mengarahkan Marvel Studios untuk mencari pelakon ganti bagi watak Hawkeye sekiranya tuduhan berkenaan terbukti benar.

Walau bagaimanapun, watak Clint Barton masih diperlukan untuk siri TV yang telah diumumkan, dan sudah tentunya menjadi cabaran kepada Marvel untuk mencari pengganti watak Hawkeye sekiranya itulah laluan yang dipilih oleh Disney.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post