Saksikan Trailer Terakhir Filem Star Wars Episode IX: The Rise Of Skywalker



Tidak lama sahaja lagi, filem terbaharu dan kesembilan Star Wars, iaitu Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Francais filem yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia itu, kini menampilkan trailer terbaharu dan terakhirnya sebelum ditayangkan pada Disember ini. Saksikan trailer Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker di bawah :



Pelakon seperti Mark Hamill, Billy Dee Williams, dan Anthony Daniels akan kembali untuk filem Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker. Mendiang Carrie Fisher pula akan muncul melalui klip video yang belum digunakan sebelum ini, yang telah dirakam sebelum kematiannya. Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isacc, Kelly Marie Tran, Adam Driver, Domhnall Gleeson, dan Billie Lourd turut akan menyambung watak mereka, manakala Lupita Nyong’o akan bertindak sebagai penyumbang suara watak Maz Kanata.

Filem Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker dijadualkan untuk tayangan pada 20 Disember 2019.

Apa pandangan anda tentang trailer filem Star Wars Episode IX: The Rise Of Skywalker? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post