Trailer Filem Wonder Woman Bakal Didedahkan Pada Disember Ini

Trailer pertama filem Wonder Woman 1984 dilaporkan bakal didedahkan pada DIsember ini. Filem yang merupakan sambungan kepada filem Wonder Woman (2017) itu, bakal menampilkan semula Gal Gadot sebagai watak utama Diana Prince/ Wonder Woman.


BERKAITAN : Filem Wonder Woman 1984 Dilaporkan Selesai Penggambaran

Walaupun pada awalnya pemilihan Gal Gadot sebagai Wonder Woman mendapat kecaman ramai pihak, namun filem Wonder Woman mencatat sejarah sebagai filem DCEU paling berjaya setakat ini. Filem DCEU terdahulu seperti Batman v Superman dan Suicide Squad pada umumnya mencatatkan kutipan yang baik, namun menerima kritikan yang agak hebat terutama dari aspek jalan cerita.

BERKAITAN : Giliran Filem Wonder Woman 1984 Pula Ditunda Tarikh Tayangan

Filem Wonder Woman mencatatkan sambutan hebat, dengan kutipan sebanyak USD821.8 juta di seluruh dunia. Warner Bros. tidak membuang masa, sebaliknya terus mengumumkan penghasilan sambungan filem Wonder Woman 1984, yang akan ditayangkan pada Jun 2020. Memandangkan Gal Gadot sahaja harapan untuk DCEU kini (selepas Ben Affleck meninggalkan watak Batman, dan kedudukan Henry Cavill yang masih tidak menentu sebagai Superman), Warner Bros. kini sudah tentunya mengharapkan filem Wonder Woman 1984 dapat mencatatkan kutipan dan menerima kritikan yang bagus, sepertimana filem Wonder Woman sebelum ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post